Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPNBD semarak bulan Syawal

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan PPNBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Dalam menyemarakkan lagi suasana bulan Syawal, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) turut tidak ketinggalan mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444 Hijrah yang berlangsung di Dewan Ar-Rayyan, Tingkat 4, Bangunan AMAS Lamunin, Kampung Lamunin, Tutong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri yang berkesempatan beramah mesra dengan delegasi-delegasi yang menghadiri Mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Serantau Pengakap ASEAN (ASARC) ke-17, ahli-ahli PPNBD dan penduduk kampung yang hadir.

    Majlis diserikan dengan persembahan-persembahan bertemakan Hari Raya Aidilfitri dan kebudayaan yang diketengahkan oleh ahli-ahli PPNBD dan penduduk kampung yang
    berdekatan.

    Turut hadir ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas; Naib Yang Di-Pertua PPNBD, Haji Metasim bin Duraman, ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi; ahli-ahli Majlis Pengakap-pengakap Daerah, para pesuruhjaya pengakap, penolong pesuruhjaya daerah dan pemimpin-pemimpin pengakap, ahli-ahli Baden Powell Guild (BP Guild), ahli-ahli pengakap serta ahli keluarga dan penduduk kampung yang berdekatan.

    Sambutan juga bagi menandakan rasa kesyukuran dan sukacita kerana dapat berkumpul bersama lebih-lebih lagi dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan PPNBD dan keluarga serta penduduk kampung.

    Muzik tradisi dimainkan pada majlis Hari Raya Aidilfitri Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) yang mengetengahkan elemen kebudayaan penduduk di Tutong, kelmarin. – Gambar serahan PPNBD
    Antara aktiviti kebudayaan yang diadakan pada majlis berkenaan.

    Gambar ramai pada Rumah Terbuka PPNBD sempena Hari Raya Aidilfitri di Dewan Ar-Rayyan, Tingkat 4, Bangunan AMAS Lamunin, Kampung Lamunin, Tutong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda