Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PPPBD anjur Ceramah Kesihatan Mental

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Lebih 200 orang peserta Program Antarabangsa Share Learn Grow, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) Tahun 2023, telah menghadiri Ceramah Kesihatan Mental bertajuk What are You Worried About? – Being at Peace with Your Anxiety, kelmarin.

    Ceramah yang berlangsung di salah sebuah hotel di Berakas itu adalah salah satu daripada program yang dianjurkan oleh PPPBD bagi tahun ini.

    Turut hadir ialah Naib Di-Pertua Sepanjang Hayat PPPBD, Datin Paduka Hajah Zaharah binti Haji Idris; Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik, Persekutuan Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan Sedunia (WAGGGS), Chempaka Emalin Pahamin; dan ahli Lembaga Dunia WAGGGS, Sharrada Segeran; sukarelawan WAGGGS, Dato Jeyadhevi Subramaniam dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Viviyanti binti Haji Mohd Ali.

    Ceramah telah disampaikan oleh Kaunselor di Unit Kesejahteraan Pemimpin Sekolah dan tenaga pengajar di Kementerian Pendidikan, Awang Hafizuddin bin Haji Mohd Jaya.

    Pengisian ceramah termasuk menyampaikan perspektif unik berkenaan kegelisahan, yang bukanlah sesuatu yang perlu dibuang.

    Pembentangan turut memberikan tumpuan pada bagaimana individu boleh hidup dengan aman walaupun berhadapan dengan masalah kegelisahan.

    Program antarabangsa yang diadakan bermula kelmarin hingga 27 November itu telah dihadiri oleh peserta dari sembilan buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam sebagai negara tuan rumah, Bangladesh, Kemboja, India, Malaysia, Maldives, Pakistan, Filipina dan Singapura.

    Antara tujuannya adalah untuk mempromosi kerjasama dan kolaborasi dalam persekitaran yang sihat dan selamat, menyokong agenda matlamat pembangunan mampan (SDG), merangsang kerjasama dan kepimpinan antara generasi serta mengenali Negara Brunei Darussalam secara lebih dekat.

    Di samping ceramah berkenaan, pelbagai bengkel, pembentangan dan aktiviti telah dirancang bagi pengisian bermanfaat untuk peserta-peserta program, antaranya adalah Forum Kepimpinan Antara Generasi, Pembentangan dan Bengkel Perancangan Strategik, acara penanaman pokok dan lawatan ke tempat-tempat menarik di Daerah Tutong dan Bandar Seri Begawan.

    Datin Paduka Hajah Zaharah bersama jemputan yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPPBD

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...