Monday, March 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Abbas lantik Komander Keselamatan, Pertahanan Awam baharu

    RAMALLAH, 2 MAC – Presiden Palestin Mahmoud Abbas kelmarin melantik komander baharu bagi Pasukan Keselamatan Negara dan seorang lagi untuk Pasukan Pertahanan Awam, lapor agensi Anadolu (AA) memetik agensi berita Palestin, WAFA.  

    Abbas melantik Mejar Jeneral Al-Abd Ibrahim Khalil sebagai komander baharu Pasukan Keselamatan Negara, menggantikan Mejar Jeneral Nidal Abu Dukhan, yang bersara selepas memegang jawatan itu sejak 2011.  

    Pasukan Keselamatan Negara Palestin merupakan sebuah agensi keselamatan berorientasikan ketenteraan dengan misi utamanya adalah untuk mempertahankan tanah air, melindungi masyarakat serta mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.  

    Selain itu, Abbas juga menaikkan pangkat Brigedier Jeneral, Akram Thawabta ke pangkat mejar jeneral dan melantiknya sebagai komander Pasukan Pertahanan Awam.  

    Pelantikan itu dibuat susulan keputusan Abbas pada 18 Februari untuk melantik Raed Abu Al-Homs, sebagai ketua Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan bertaraf menteri, menggantikan Abdul Qader Hamed (Qadura Fares) yang bersara.  

    Pada 20 Februari, Abbas turut mengeluarkan dekri presiden melantik Ayman Qandil sebagai ketua Pihak Berkuasa Hal Ehwal Awam bertaraf menteri, menggantikan Hussein Al-Sheikh.  – Bernama

    Gambar Fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda