MANILA, 9 SEPT – Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Masatsugu Asakawa memaklumkan ahli lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan ADB pada Isnin mengenai hasratnya untuk meletak jawatan sebagai presiden pada 23 Februari 2025, lapor Xinhua.
Asakawa berkhidmat sebagai presiden ke-10 ADB sejak 17 Januari 2020.
“Selepas pertimbangan dan muhasabah yang teliti, saya percaya sudah tiba masanya untuk berundur dan memberi laluan kepada kepimpinan baharu dengan perspektif segar dan tenaga baharu,” katanya dalam satu kenyataan.
“Dengan mengumumkan peletakan jawatan saya sekarang, saya berhasrat untuk memastikan peralihan kepimpinan yang lancar dan teratur,” tambahnya.
Asakawa, yang menggantikan Takehiko Nakao pada 2020, menyelesaikan penggal Nakao yang sepatutnya berakhir pada 23 November 2021. – Bernama