Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Presiden Afrika Selatan isytihar darurat negara

    CAPE TOWN, 10 FEB – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa semalam mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan bagi menangani krisis bekalan elektrik negara itu, lapor Xinhua.

    “Pusat Pengurusan Bencana Negara telah mengklasifikasikan krisis tenaga dan kesannya sebagai bencana.

    “Oleh itu, kami mengisytiharkan darurat bencana negara untuk bertindak balas terhadap krisis elektrik.

    “Pengumuman ini akan membolehkan kami menyediakan langkah praktikal yang perlu untuk menyokong pengeluaran makanan, penyimpanan dan rantaian bekalan runcit, termasuk pelancaran penjana, panel solar dan bekalan kuasa tanpa gangguan,” kata Ramaphosa semasa menyampaikan Ucapan Negara 2023 di Cape Town.

    Ramaphosa juga akan melantik Menteri Elektrik untuk memikul tanggungjawab penuh mengawasi semua aspek tindak balas krisis tenaga. Afrika Selatan mengalami gangguan bekalan elektrik yang teruk, iaitu sekitar lapan jam dalam sehari. – Bernama

    Gambar serahan Perkhidmatan Komunikasi dan Maklumat Kerajaan (GCIS) menunjukkan Cyril Ramaphosa menyampaikan ucapan kepada ahli parlimen di Cape Town, Afrika Selatan pada 9 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...