Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Presiden COP28 bertegas hormat sains iklim

    DUBAI, 4 DIS – Ketua persidangan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) menegaskan hari ini beliau menghormati sains iklim selepas menerima kecaman berhubung video yang tular di mana beliau mempersoalkan sains mengenai bahan api fosil.

    Di tengah rundingan yang sukar mengenai masa depan bahan api fosil, Sultan Al Jaber, yang juga ketua syarikat minyak nasional UAE, ADNOC, mengecam ‘cubaan berulang untuk menggagalkan’ usaha Presiden COP28 itu.

    “Kami di sini kerana kami sangat percaya dan menghormati sains,” kata Jaber kepada wartawan.

    “Semua yang diusahakan oleh presiden ini tertumpu dan berpusat sekitar sains,” kata Jaber.

    Beliau mengakui bahawa pelepasan gas rumah hijau global mesti dikurangkan sebanyak 43 peratus menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai matlamat mengehadkan pemanasan kepada 1.5 darjah Celsius daripada tahap pra-industri.

    Akhbar The Guardian kelmarin menyiarkan video yang menunjukkan Jaber bertukar pendapat dengan bekas Presiden Ireland, Mary Robinson semasa forum dalam talian.

    “Saya sama sekali tidak menyertai perbincangan yang membimbangkan,” kata Jaber pada persidangan dalam talian SHE Changes Climate pada 21 November.

    “Saya menyokong fakta dan saya menghormati sains serta tidak ada sains di luar sana, atau tiada senario di luar sana, yang mengatakan bahawa penghapusan bahan api fosil secara berperingkat merupakan apa yang mampu mencapai 1.5 darjah Celsius.”

    Video itu mencetuskan bantahan dalam kalangan NGO.

    “Sekiranya presiden COP28 dipandu oleh sains dan 1.5C kekal sebagai panduan, dia mesti membuat kesimpulan yang betul: tiada apa-apa selain penghapusan fasa penuh daripada bahan api fosil akan membawa kita ke sana,” kata Romain Ioualalen, peneraju dasar global untuk Oil Change International. – AFP

    Sultan Ahmed Al Jaber bercakap semasa sidang media di sidang kemuncak iklim PBB di Dubai, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...