Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lelaki didenda guna pembakar roti panaskan bateri EV

    COPENHAGEN, 4 DIS – Seorang pemilik kenderaan elektrik (EV) di selatan Denmark disyaki menyebabkan kebakaran yang memusnahkan kereta tersebut dan merosakkan sebuah rumah berhampiran setelah dia meletakkan pembakar roti di bawah kenderaannya untuk memanaskan bateri, kata polis hari ini.

    Polis berkata mereka ‘tidak menggalakkan’ orang ramai untuk menggunakan kaedah itu bagi memanaskan sel tenaga.

    “Punca kebakaran berkemungkinan besar ditemui dalam pembakar roti yang diletakkan pemilik kereta di bawah bahagian hadapan keretanya untuk memanaskan bateri,” kata polis dalam laporan harian.

    Kebakaran berlaku pada Sabtu di Stenlille, kira-kira 60 kilometer barat daya Copenhagen. Tiada mangsa yang cedera.

    Kereta itu diletakkan di bangsal kereta, tempat perlindungan untuk kenderaan yang disambung kepada rumah dan terdiri daripada bumbung rata yang disokong pada tiang.

    Jenis kereta itu tidak diketahui dan juga tidak dapat dipastikan sama ada rumah pemilik kenderaan itu yang rosak atau rumah jiran. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...