Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Jokowi dipuji tingkat ekonomi Indonesia

    JAKARTA, 25 SEPT – Presiden Joko Widodo, lebih dikenali sebagai Jokowi, dipuji atas usaha gigihnya memacu pertumbuhan ekonomi Indonesia sepanjang 10 tahun memegang jawatan, lapor agensi berita ANTARA.

    Seorang pegawai daripada Institut Ketahanan Nasional Indonesia (Lemhannas) menekankan ketabahan dan dedikasi Jokowi terhadap pembangunan ekonomi, yang telah menjadi teras kepada kepimpinannya.

    Tumpuannya terhadap infrastruktur, pelaburan dan pembaharuan dasar memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekonomi negara berkenaan.

    “Beliau telah menggemakan kepentingan nasional Indonesia selama 10 tahun, dengan tumpuan khusus kepada pertumbuhan ekonomi,” kata Kakitangan Profesional Lemhannas dalam Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, Edy Prasetyono, semasa Forum Geopolitik Jakarta 2024 di Jakarta hari ini.

    Beliau menekankan bahawa situasi aman dan kerjasama serantau adalah prasyarat bagi sesebuah negara untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang disasarkan. Oleh itu, untuk tujuan ini, Indonesia sentiasa menyokong dialog antarabangsa.

    Dalam hal ini, Prasetyono menyatakan bahawa Indonesia mengekalkan tahap komunikasi yang baik dengan negara yang terlibat dalam konstelasi geopolitik serantau. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda