Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Presiden Xi adakan pertemuan dengan gabenor California

    BEIJING, 26 OKT – Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Gabenor California, Gavin Newsom di Dewan Besar Rakyat di Beijing, kelmarin.

    Xi berkata China dan Amerika Syarikat (AS) selaku dua entiti ekonomi terbesar, menyumbang lebih sepertiga daripada ekonomi global serta hampir seperempat populasi dunia.

    Nilai dagangan dua negara dicatat kira-kira seperlima daripada keseluruhan global dan kepentingan kedua-dua pihak adalah saling berkait rapat.

    “Hasil dicapai dalam hubungan dua negara tidak datang dengan mudah dan harus dihargai.

    “Dasar China terhadap AS adalah konsisten iaitu saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung.

    Gambar AP

    “China akan terus berusaha ke arah itu dan berharap AS dapat bergerak sehaluan,” kata Xi.

    Beliau berkata perkembangan kukuh hubungan China-AS memerlukan tenaga semua pihak.

    Asas hubungan dua negara berakar dalam kalangan rakyat dan masa depan terletak pada golongan belia. Kedinamikannya pula lahir daripada pertukaran dan kerjasama di peringkat setempat.

    Xi berharap lawatan Newsom akan meningkatkan persefahaman kedua-dua negara dan memainkan peranan positif dalam memperluas kerjasama China dengan California, sekali gus menggerakkan perkembangan mantap hubungan China-AS.

    “China dan AS menikmati potensi besar dalam kerjasama membabitkan pembangunan hijau dan usaha menangani perubahan iklim.

    “Kedua-dua pihak boleh mengukuhkan kerjasama dalam bidang itu hingga menjadikannya tarikan baharu hubungan bilateral,” tambah beliau.

    Sementara itu, Newsom berkata China mencapai kejayaan yang menakjubkan sepanjang beberapa dekad lalu, khususnya dalam bidang pembangunan tenaga baharu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...