Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Selesema burung bunuh lebih 500 hidupan laut di Brazil

    BRAZIL, 25 OKT – Sekurang-kurangnya 522 anjing laut dan singa laut telah ditemui mati di sepanjang pantai selatan Brazil, kata pihak berkuasa kelmarin, menyalahkan kematian itu disebabkan selesema burung.

    Brazil mengisytiharkan kecemasan kesihatan haiwan berhubung wabak selesema burung pada Mei selepas mengesahkan beberapa kes pada burung liar dan melaporkan wabak pertama penyakit itu dalam kalangan hidupan laut bulan lepas di negeri Rio Grande do Sul.

    Negara terbesar pengimport ayam di dunia itu tidak melaporkan sebarang kes dalam kalangan burung ternakan atau operasi ternakan ayam komersial.

    Jabatan pertanian Rio Grande do Sul berkata, anjing laut dan singa laut telah ditemui mati di banyak tempat di sepanjang pantainya.

    Beberapa haiwan tersebut ditemui mati berhampiran sempadan Brazil dengan Uruguay, yang juga baru-baru ini melaporkan ratusan anjing laut dan singa laut mati akibat selesema burung.

    Gambar Freepik

    Peru, Chile dan Argentina juga telah melaporkan kes haiwan laut.

    Brazil kekal diklasifikasikan sebagai bebas daripada selesema burung, kerana tiada kes dikesan dalam operasi ayam komersial, menurut kerajaan.

    Negara itu membekalkan sekitar 35 peratus daripada semua ayam di pasaran antarabangsa.

    “Pemberitahuan itu tidak mengubah keadaan kesihatan di negeri atau negara dan tidak ada risiko daripada memakan ayam atau telur,” kata jabatan pertanian, Rio Grande do Sul, dalam satu kenyataan.

    Tiada rawatan untuk selesema burung, yang selalunya membawa maut pada haiwan.

    Virus influenza burung biasanya tidak menjangkiti manusia, walaupun kes itu jarang berlaku. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...