Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Yamaha Motor cedera diserang anak perempuannya

    SHIZUOKA, 17 Sept – Presiden Yamaha Motor Co mengalami kecederaan di lengan kelmarin selepas didakwa diserang oleh anak perempuannya menggunakan pisau dapur di kediaman mereka di tengah Jepun, lapor agensi berita Kyodo memetik pihak polis tempatan.

    Polis menahan Hana Hidaka atas tuduhan cubaan membunuh bapanya, Yoshihiro, 61, dengan menggunakan pisau sekitar jam 3 pagi Isnin di rumah mereka di Iwata, Shizuoka.

    Pihak polis bertindak balas selepas menerima panggilan daripada anak perempuannya yang berusia 33 tahun, yang mendakwa bahawa bapanya memukulnya.

    Dia juga menghubungi polis sekitar jam 5:30 petang sehari sebelum kejadian.

    Seorang pegawai syarikat yang berpangkalan di Iwata, berkata bahawa pihak syarikat tidak akan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan itu kerana ia masih dalam siasatan. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda