Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prestasi ekonomi China jejas permintaan minyak global

    PARIS, 13 OGOS – Ketidaktentuan mengenai pertumbuhan ekonomi China telah memberi tekanan kepada permintaan minyak global tahun ini, menurut Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam satu laporan yang dikeluarkan, kelmarin.

    OPEC menyatakan bahawa unjuran pertumbuhan permintaan minyak dunia bagi tahun 2024 telah disemak semula dengan pengurangan sebanyak 135,000 tong sehari berbanding penilaian bulan sebelumnya.

    “Unjuran terkini menunjukkan bahawa permintaan minyak global dijangka meningkat sebanyak 2.1 juta tong sehari, jauh melebihi purata sejarah sebanyak 1.4 juta tong sehari yang dicatat sebelum pandemik COVID-19,” menurut laporan tersebut.

    OPEC menyatakan bahawa sebab utama semakan semula itu adalah disebabkan penurunan jangkaan terhadap pertumbuhan permintaan minyak China pada tahun 2024.

    OPEC juga mencatatkan bahawa harga minyak meningkat antara Januari dan Mei tahun ini, sebelum menurun bermula Mei akibat kebimbangan mengenai prestasi ekonomi China, pengurangan premium risiko geopolitik dan petunjuk ekonomi yang bercampur. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda