Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Produk susu djiual di AS selamat

    WASHINGTON, 28 APRIL – Produk susu yang dijual di kedai Amerika Syarikat (AS) adalah ‘selamat’ daripada selesema burung kerana pempasteuran berkesan membunuh penyakit itu, kata pihak berkuasa kesihatan Amerika Jumaat lalu, berikutan penularan jangkitan dalam kalangan kumpulan lembu.

    Wabak influenza burung sangat patogenik (HPAI) telah melalui merebak dalam kalangan lembu tenusu di seluruh negara itu dan menjangkiti seorang manusia, yang mempunyai gejala ringan.

    FDA Khamis lalu melaporkan bahawa keputusan awal daripada pensampelan susu komersial yang mewakili negara menunjukkan kira-kira satu daripada lima sampel yang dijual diuji positif untuk kesan virus itu, dengan perkadaran yang lebih tinggi di kawasan di mana ternakan dijangkiti.

    FDA telah mengumumkan awal minggu ini bahawa dengan proses pempasteuran, virus itu tidak mungkin menimbulkan risiko kesihatan melalui susu. Tetapi ia berkata, ujian tambahan amat diperlukan.

    Keputusan awal menunjukkan ‘pempasteuran berkesan dalam menyahaktifkan HPAI,’ kata FDA dalam kenyataan akhbar pada Jumaat lalu.

    Selesema burung sebelum ini dikesan dalam susu mentah, di mana pihak berkuasa kesihatan telah lama menasihatkan supaya tidak meminumnya. Walaupun strain H5N1 HPAI telah membunuh berjuta-juta ekor ayam semasa gelombang semasa, akan tetapi lembu yang terjejas tidak mengalami sakit teruk.

    Menurut FDA Jumaat lalu, maklumat daripada pegawai kesihatan AS ‘tidak menunjukkan peningkatan berterusan kes selesema manusia dan tiada kes H5N1, khususnya, melebihi satu kes yang diketahui.’ Tiada bukti penularan selesema burung dari manusia ke manusia pada masa ini, tetapi saintis bimbang mutasi dalam virus itu boleh menyebabkannya tular dalam kalangan manusia. – AFP

    Gambar fail bertarikh 21 Januari 2011 menunjukkan lembu betina Holstein dimuatkan ke dalam trak di sebuah tenusu di Oregon. FDA telah mengumumkan proses pempasteuran berkesan membunuh virus H5N1 dan produk susu yang dijual di AS adalah selamat. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda