Tuesday, November 26, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program bina ekosistem pendidikan, pekerjaan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Program Building Inclusive Pathways: Fostering Innovation in Education and Employability in Brunei Darussalam, telah diadakan hari ini, di salah sebuah hotel di ibu negara.

    Acara selama dua hari sehingga 26 November itu merupakan anjuran Nisai Group dengan kerjasama An-Nur Harapan, dan disokong oleh Suruhanjaya Tinggi British di Brunei, dihasrat menjadi platform perbincangan dan bertukar idea ke arah membangunkan ekosistem yang komprehensif bagi individu dengan pelbagai kebolehan dalam pendidikan, latihan, dan pekerjaan.

    Hadir pada acara itu ialah Ketua Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan, Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan; Ketua Pegawai Eksekutif Nisai Group, Dhruv Patel; dan Pengerusi Lembaga Pengarah An-Nur Harapan, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit.

    Acara tersebut akan diisi dengan seminar dan bengkel daripada penceramah antarabangsa dan tempatan sempena dengan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya.

    Di samping itu, acara turut diselajurkan dengan penyampaian sijil bagi meraikan lima peserta dari Kohort ke-7 Program UNIKLEARN yang telah berjaya menamatkan kursus mereka di mana ia telah disempurnakan oleh Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.

    Peserta yang telah berjaya menamatkan latihan intensif selama sembilan bulan di Pusat An-Nur Harapan, kini menjalani latihan industri di Hotel Mulia, Neta, Laundry Hub dan PawsUp, sebelum melangkah ke suasana pekerjaan atau meneruskan pembangunan peribadi yang lain.

    Majlis turut menyaksikan Nisai Brunei menyampaikan sijil kepada dua peserta yang telah mengikuti program UNIKLEARN.

    Acara tersebut juga menampilkan pembentangan oleh Dhruv Patel mengenai program-program inovatif, diikuti dengan sesi panel dan perbincangan plenari dengan penceramah antarabangsa.

    Turut hadir ialah wakil-wakil dari Suruhanjaya Tinggi Britain, pegawai-pegawai kanan kerajaan, penaja, rakan kongsi termasuk keluarga para peserta.

    Dr Eddy Fazlin, Dhruv Patel dan Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman semasa menghadiri acara itu. – GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bergambar ramai dengan para penerima sijil pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda