Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Program galak belia ceburi dunia keusahawanan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Jabatan Belia dan Sukan, KKBS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Sebagai usaha membuka minda untuk menimba pengetahuan dan menerokai dunia perniagaan khususnya bidang pemasaran, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan program perbincangan, Youth Business Talk 2022, bertempat di Ibu Pejabat Progresif Sdn Bhd, Jalan Pasar Baharu Gadong, baru-baru ini.

    Perbincangan dengan tajuk utamanya Pemahaman Pemasaran disertai oleh 50 orang belia dari pelbagai latar belakang yang mana telah berlangsung selama dua hari.

    Sesi perbincangan pada majlis berkenaan disampaikan oleh tiga ahli panel yang terdiri daripada Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah dari Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD); Dayang Hafiza binti Mohamad dari Progresif Sdn Bhd; dan Awang Abdul Qawiem bin Haji Yacob dari Shell LiveWIRE Brunei. Manakala Pengiran Kamal Gahadafi bin Pengiran Haji Suhaimi dari Jabatan Belia dan Sukan selaku pengerusi pada sesi bual bicara tersebut.

    Turut berkesempatan memberi perkongsian dalam dunia keusahawanan ialah Haadi Bakar dari Geekturf.

    Sehubungan itu, hadir pada majlis penutup bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta dan penceramah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.

    Program perbincangan berkenaan mula dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, KKBS sejak tahun 2016 yang mana antara tajuk perbincangan utamanya adalah mengenai keusahawanan.

    Dalam pada itu, program berkenaan turut memberikan latihan kepada lebih 1,000 peserta dari pelbagai bidang.

    Dengan adanya kerjasama daripada stakeholder seperti Progresif Sdn Bhd dan agensi-agensi yang terlibat, penganjuran program berkenaan adalah sangat penting dalam sama-sama membangunkan para belia untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selaras dengan pembangunan negara menuju Wawasan Brunei 2035.

    Hajah Nurul Haniah menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta semasa majlis berkenaan.
    Nick Klein menyampaikan ceramah semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...