Tuesday, February 4, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Infaq bantu keluarga memerlukan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Pada 10 malam terakhir Ramadan, tidak ketinggalan jua di negara ini diadakan pelbagai aktiviti berkebajikan termasuklah amalan menderma. Syarikat Aziz Latif Transport Sdn Bhd pada pagi tadi telah melaksanakan program tahunan yang dinamakan Program Infaq yang dikhususkan untuk anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan yang diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (PAHMA), Kampung Sengkarai, Tutong.

    Majlis tersebut adalah dianjurkan bagi tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan membantu keluarga-keluarga yang memerlukan, di samping meraih manfaat dan pahala yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini.

    Lantaran itu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Imam PAHMA, Awang Abdul Raqib bin Haji Awang dan diteruskan dengan kata alu-aluan daripada Pengurus Syarikat Aziz Latif Transport Sdn Bhd, Awang Mohd Saufi bin Mohd Ariff.

    Seterusnya, majlis menyaksikan tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Sengkarai, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan menyempurnakan penyerahan sumbangan yang berupa barangan asasi kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan.

    Di samping itu, sumbangan Infaq telah diserahkan kepada seramai lima keluarga anak yatim dan lima keluarga golongan kurang berkemampuan.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Syarikat Aziz Latif Transport, Haji Azrin Latif bin Haji Abd Aziz serta ketua-ketua kampung dan pemangku-pemangku ketua kampung di Daerah Tutong serta kakitangan Syarikat Aziz Latif Transport Sdn Bhd.

    Majlis disudahi dengan bergambar ramai bersama tetamu kehormat, para jemputan dan penerima sumbangan.

    Majlis penyerahan sumbangan kepada salah seorang penerima yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz dan Haji Azrin Latif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda