Sunday, November 24, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Jalinan Silaturahim bantu murid kurang berkemampuan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Bagi meringankan beban yang dipikul oleh para ibu bapa murid persekolahan agama dari Kawasan Brunei 4, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) hari ini mengungkayahkan Program Jalinan Silaturahim yang berlangsung di Dewan Serba guna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut.

    Seramai 10 murid menerima sumbangan di majlis berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Kenaziran, JPI, Hajah Ernie Yusnani binti Haji Mohd Noor.

    Sumbangan berkenaan dihasratkan akan menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dan seterusnya beroleh kejayaan dalam pembelajaran.

    Program Jalinan Silaturahim itu merupakan inisiatif tahunan Bahagian Kenaziran, JPI bagi membantu murid-murid persekolahan agama yang kurang berkemampuan dengan menghulurkan sumbangan berupa barang-barang keperluan seperti peralatan serta pakaian seragam sekolah dan lain-lain.

    Hajah Ernie Yusnani menyerahkan sumbangan kepada salah seorang murid. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda