Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program perkasa peribadi wanita

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Dengan matlamat untuk memperkasakan golongan wanita agar merangkul perubahan dan transformasi yang positif, Persatuan Mawar telah menganjurkan program bertajuk Hijrah: Let Your Past Make You Better, Not Bitter bersempena dengan Sambutan Ilal Hijrah di Dewan Mahkota, Tingkat I, Hotel Times, pagi tadi.

    Program yang berjaya menghimpunkan lebih 150 orang peserta termasuk para jemputan dan ahli jawatankuasa persatuan berkenaan telah menampilkan usahawan berjaya dan tokoh media sosial berpengaruh dari Malaysia, Aisyah Hijanah binti Azhari selaku penceramah jemputan.

    Acara berkenaan juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik, bengkel interaktif, dan panel perbincangan yang berwawasan.

    Peserta telah menyelami topik-topik penting seperti penentuan matlamat, pemerkasaan diri, dan pembinaan ketabahan, memperoleh pandangan yang berharga yang pastinya akan memberi impak positif dalam kehidupan mereka.

    Kejayaan acara berkenaan menjadi bukti kekuatan komuniti yang telah dibina Persatuan Mawar, menyatukan individu dari pelbagai latar belakang, disatukan oleh matlamat bersama iaitu pertumbuhan dan pemerkasaan.

    Aisyah Hijanah bergambar bersama para peserta, jemputan dan ahli jawatankuasa persatuan berkenaan semasa sesi perkongsian tersebut. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda