Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Program pertukaran tingkat persefahaman

    Oleh Muiz Matdani

    INDIA, 13 FEB – Bagi mengukuhkan hubungan dan persefahaman antara negara anggota ASEAN dan India serta meningkatkan pengetahuan berkaitan negara masing-masing, wartawan dan pengamal media dari lapan buah negara anggota ASEAN kini berada di Republik India bagi menyertai program Pertukaran Media ASEAN-India 2023 anjuran Misi India ke ASEAN, Jakarta.

    Delegasi berkenaan terdiri daripada 17 orang wartawan dan pengamal media dari Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam serta wakil dari Sekretariat ASEAN.

    Perwakilan media ASEAN juga berpeluang untuk membuat lawatan pendedahan di New Delhi dan Hyderabad.

    Program yang merupakan edisi keempat sejak dirasmikan pada 2018 itu telah berjaya menjalinkan hubungan yang lebih erat dan menjadi platform kerjasama hasil daripada pelbagai perbincangan, pertemuan dan lawatan yang dianjurkan dan dirancang.

    Bertemakan Vasudhaiva Kutum-bukam atau Satu Bumi Satu Keluarga Satu Masa Depan, delegasi ASEAN berpeluang menghadiri taklimat Kumpulan 20 (G20), India yang mengambil alih tugas sebagai presiden tahun ini.

    Taklimat tersebut disampaikan oleh seorang pegawai kanan dari Sekretariat G20 yang menjelaskan bahawa G20 adalah forum utama untuk kerjasama ekonomi antarabangsa. Ia memainkan peranan penting dalam membentuk dan mengukuhkan seni bina dan tadbir urus global dalam semua isu ekonomi antarabangsa.

    Wartawan dan pengamal media dari lapan negara anggota ASEAN semasa menghadiri taklimat G20.
    Wartawan dan pengamal media semasa melawat CII di Pusat Mantosh Sandhi.
    Antara wartawan dan pengamal media dari lapan negara anggota ASEAN yang menyertai program Pertukaran Media ASEAN-India 2023.
    Wartawan dan pengamal media diberi peluang melawat Taj Mahal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...