Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Program rintis HPSI: Glow berakhir

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Program Inisiatif Sekolah Mempromosi Kesihatan (HPSI): Growing, Learning, Optimizing towards Better Well-being in School (GLOW) dilaksanakan secara rintis di Daerah Belait dan Daerah Brunei dan Muara, dengan penyertaan enam buah sekolah swasta yang terpilih, selama lapan bulan bermula Mac hingga Oktober 2023.

    Sehubungan itu, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan sokongan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre telah mengadakan Majlis Penganugerahan Program HPSI: GLOW yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian anugerah kepada sekolah-sekolah yang diraikan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin dan Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Pada majlis berkenaan, Haji Maswadi telah menyempurnakan penyampaian Anugerah Program HPSI GLOW Kategori Sekolah Rendah di mana pemenang tempat pertama ialah Sekolah Seri Mulia Sarjana yang menerima wang tunai sebanyak $800, Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait di tempat kedua menerima $500, dan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang di tempat ketiga menerima $300, manakala itu pemenang sagu hati ialah Sekolah Stella Brunei yang menerima $150.

    Sementara itu, Awang Aliuddin menyempurnakan penyampaian Anugerah Program HPSI GLOW Kategori Sekolah Menengah dengan tempat pertama disandang oleh Sekolah Menengah Chung Ching yang menerima wang tunai $800 dan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di tempat kedua menerima $500.

    Majlis seterusnya mendengar sesi pengongsian pengalaman, kejayaan serta hasil dapatan positif pelaksanaan HPSI:GLOW oleh Pengetua Bahagian Sekolah Rendah dan Prasekolah, Sekolah Seri Mulia Sarjana, Puteri Maharani.

    Pada majlis itu juga, Haji Maswadi dan Awang Aliuddin telah menyaksikan dan diberikan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang mengikuti program oleh sekolah-sekolah yang terpilih bagi program rintis berkenaan.

    ATAS & BAWAH : Haji Mawsadi dan Awang Aliuddin menyampaikan anugerah tempat pertama bagi kedua-dua kategori. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Haji Maswadi dan Awang Aliuddin menyaksikan dan diberikan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah yang menyertai program rintis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...