Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    9 lagi tersenarai dalam Alert List BDCB

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Sembilan lagi individu, syarikat atau entiti lagi telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi Oktober 2023.

    Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini, hari ini, BDCB memaklumkan kepada orang ramai bahawa individu, syarikat atau entiti yang dimasukkan dalam senarai berkenaan ialah Bibd_trading_investment (IG profile) (8903072) (kononnya menyalahgunakan ‘BIBD’)/ Smart Trader Investment (IG profile) (8903072) / smard_trader / Smart_trader_official_bn / Smart_trader777 / Smart_investment_brunei / Invest_smart_trade_official / Investment_smart-trader / +6285933814073 / 7323259; Company Asia (FB profile) (8649441); Gold Saham Trade Investment (IG profile) (8903541); Loan Agency BND (7261284); Loan Online (FB profile) (8896907 & 7308510); Royal gold trader (FB profile) (8956320); Sterillizednice66 (IG profile);
    Sukses Berjaya (FB profile); serta Syerikat Usin Loan (FB profile) (7454764) / Refinance Usin Loan (FB profile) (8889544).

    Alert List BDCB adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberikan ke-benaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai itu adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    BDCB juga menyatakan bahawa Alert List BDCB yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB.

    Orang ramai dinasihatkan supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya, untuk berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang BDCB, www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    Jika mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak berlesen, orang ramai diminta menghubungi BDCB melalui talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel kepada fci@bdcb.gov.bn.

    Gambar MP file
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...