Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Program semai semangat patriotisme

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Dengan matlamat untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan warga sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan Program Semarak Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-40 secara serentak di semua sekolah rendah dan menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta, hari ini.

    Program itu bukan sahaja dihasratkan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan warga sekolah tetapi juga untuk menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan ke-40, 2024.

    Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan komitmen untuk mencapai aspirasi Wawasan Brunei 2035 selaras dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan ke-40 iaitu Bersatu Mencapai Cita Negara.

    Program Semarak Hari Kebangsaan diisikan dengan pelbagai aktiviti termasuk acara-acara keagamaan seperti Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran, sembahyang Sunat Hajat, berselawat dan berzikir.

    Selain itu, program juga dimeriahkan dengan aktiviti menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan, ceramah kenegaraan, persembahan lagu-lagu patriotik, Kuiz Hari Kebangsaan dan acara-acara riadah.

    Pelajar dari Sekolah Rendah Sultan Hassan di Temburong semasa menyertai program tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...