Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Sua Muka bagi Kg Belingus

    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    TEMBURONG, 30 OGOS – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Cawangan Penerangan Daerah Temburong, baru-baru ini, telah mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Belingus, Mukim Bangar, Temburong bertempat di Balai Raya Kampung Belingus.

    Ia merupakan usaha jabatan untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, semasa program itu, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Awang Emzah selaku ketua rombongan antara lain mengongsikan mengenai penyebaran maklumat palsu di era digital yang tular dengan begitu cepat melalui pelbagai aplikasi yang menyebabkan orang ramai merasa takut dan cemas.

    Tekan beliau lagi, apa yang lebih membimbangkan maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber yang sahih dan kemudiannya menjadi tular sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan juga keselamatan negara.

    Beliau juga menjelaskan beberapa cara mengenal pasti ciri-ciri berita palsu.

    Sementara itu, Pemangku Ketua Kampung Belingus, Awang Ishraqi bin Haji Sidop @ Haji Hidup mewakili Majlis Perundingan Kampung Belingus mengajukan isu-isu yang dihadapi oleh penduduk kampung berkenaan.

    Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Jabatan Daerah Temburong.

    Dayang Siti Bismi Nuruliman mengetuai rombongan Jabatan Penerangan dalam Program Sua Muka bagi Kampung Belingus.
    Antara yang hadir semasa Program Sua Muka di Balai Raya Kampung Belingus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda