Tuesday, February 4, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program tingkat kesedaran gangguan seksual

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Ke arah usaha meningkatkan lagi kesedaran tentang keganasan dan gangguan seksual wanita dan kanak-kanak, Persatuan Mawar telah menganjurkan program bertemakan ‘Melindungi Wanita dan Kanak-kanak daripada Gangguan Seksual’ di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, hari ini.

    Program yang terbuka kepada orang ramai bersempena Hari Antarabangsa Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita itu juga memberi sokongan kepada mangsa agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan selamat dan berjaya.

    Ia dilaksanakan dengan sokongan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Majlis Belia Brunei (MBB).

    Hadir selaku tetamu istimewa ialah Pegawai Kerja Sosial, Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, JAPEM, Dayang Nuurhafizah binti Brahim; Pegawai Penyiasat Kanan, Unit Siasatan Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Ag DSP Norainah binti Haji Mohd Salleh dan Dayang Noorussa’adah binti Haji Abdul Rani selaku salah seorang advokat para ibu dan kanak-kanak.

    Antara yang dikongsikan adalah mengenai jenis-jenis keganasan dan gangguan seksual yang sering berlaku ke atas kaum wanita dan kanak-kanak di negara ini termasuklah statistik keganasan dan gangguan seksual yang berlaku sepanjang 2019 hingga 2022.

    Selain itu, program berkenaan turut menekankan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh mangsa yang terlibat dan peranan orang awam.

    Para peserta juga mengikuti aktiviti seperti memberi contoh-contoh platform media sosial yang digunakan yang berisiko bagi memerangkap mangsa gangguan seksual dan cara-cara untuk mengatasinya.

    Tetamu istimewa dan peserta bergambar ramai semasa program bertemakan ‘Melindungi Wanita dan Kanak-kanak Daripada Gangguan Seksual’ di Dewan Silaturahim, Pusat Belia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda