Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Program tingkat pengetahuan sejarah Mukim Saba

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Bagi memberikan kefahaman kepada peserta program mengenai sejarah kegemilangan Mukim Saba, ahli Jawatankuasa Tim Penyelidik dan Pemikir Sejarah Mukim Saba baru-baru ini telah menganjurkan Program Ziarah dan Bertahlil Ke Kubur Liau bin Pengarah Sahat, Pahlawan Mukim Saba, bertempat di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Residency dan Tanah Perkuburan Islam Dagang, Bandar Seri Begawan.

    Lebih 40 orang peserta hadir pada hari tersebut. Turut diundang ialah wakil Persatuan PERKASA, Haji Ismail bin Haji Hamdan selaku Pengerusi PERKASA, Pasukan Lumba Perahu Mukim Saba, Pasukan Bolasepak ANGKASA Mukim Saba, dan keluarga besar purih Mukim Saba.

    Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Haji Masri bin Haji Kambar, selaku Pengerusi AJK Tim Penyelidik dan Pemikir Sejarah Mukim Saba.

    Semasa program tersebut dijalankan, informan pertama, Haji Duraman bin Tuah telah menerangkan secara ringkas mengenai sejarah Mukim Saba dan perkuburan bersejarah di kedua-dua tempat berkenaan terutama mengenai sejarah Kubur Pahlawan Saba Liau Badar, makam keluarga diraja di tempat berkenaan seperti Batu Nisan Roqayah binti Sultan Abdul Majid, kubur yang dikatakan milik Sultan Sulaiman berdasarkan takapan Jabatan Pusat Sejarah, kubur Sultan Shah Brunei anakanda kepada Sultan Saiful Rijal serta kubur bersejarah lainnya yang terdapat di kedua-dua tempat tersebut.

    Turut dijemput pensyarah di Universiti Brunei Darussalam, Prof Dr Haji Asbol bin Mail, selaku informan kedua yang menerangkan secara ringkas mengenai Sejarah Perpindahan Orang-orang Kampung Saba ke Kampung Ranggau.

    Gambar menunjukkan para peserta program sedang bergambar ramai sebelum meninjau kubur-kubur bersejarah di kawasan berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...