Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Program Uplifting Lives meriahkan sambutan TBC

    LABUAN, 13 FEB – Petronas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan memeriahkan program Uplifting Lives kepada penerima di Labuan hari ini.

    Inisiatif yang diterajui oleh Yayasan Petronas, cabang tanggungjawab sosial Petronas yang diadakan semasa majlis sambutan yang dihadiri Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman di Hotel Tiara di sini.

    Kemuncak acara itu ialah pengagihan bungkusan makanan dan hamper yang disampaikan sendiri oleh Dr Suhaili kepada lima daripada 50 penerima terpilih dari Labuan.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan memainkan peranan dalam memilih penerima yang layak, dan bertanggungjawab untuk mengagihkan baki barangan kepada orang lain yang memerlukan.

    Ketua Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata program Uplifting Lives merupakan inisiatif tahunan Yayasan Petronas bersempena perayaan besar di Malaysia termasuk Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali, dan Krismas.

    Beliau berkata bersempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini, Yayasan Petronas menyasarkan untuk menyediakan sejumlah 2,150 pakej makanan di seluruh negara, termasuk 100 di Sabah dan 50 di Labuan. – Bernama

    Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (kanan) bersama Siti Ayu (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan pada Program Memacu Kehidupan – Yayasan Petronas sempena TBC. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...