Sunday, September 22, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek ECRL Terengganu capai kemajuan 55 peratus

    KUALA TERENGGANU, 3 APRIL – Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu telah mencapai tahap kemajuan 55.21 peratus, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

    Darwis berkata setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran sepanjang 275 kilometer (km) di negeri itu menepati jadual yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.

    Beliau berkata ia merangkumi pembinaan enam stesen iaitu Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Kemasik yang berfungsi sebagai stesen penumpang manakala Dungun dan Chukai bagi tujuan penumpang serta kargo.

    “Kerja-kerja pembinaan untuk keseluruhan jajaran ECRL sepanjang 665km dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor pula berada pada tahap kemajuan 40.81 peratus.

    “Laluan sepanjang 275km di Terengganu adalah yang terpanjang berbanding tiga negeri lain iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor,” katanya ketika berucap pada majlis Iftar Bersama ECRL, malam tadi. – Bernama

    Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda