Thursday, November 14, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek kemas kini peta Brunei Darussalam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, kelmarin, telah menandatangani kontrak bersama Syarikat Juruukur Fadly bagi Projek Aerial Photohgraphy, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam.

    Projek bermatlamat untuk menghasilkan gambar udara dan data Light Detection and Ranging (LiDAR) bagi seluruh Negara Brunei Darussalam.

    Data yang diperoleh itu akan digunakan untuk mengemas kini peta dan maklumat geospatial Negara Brunei Darussalam selain memenuhi permintaan dan membantu agensi kerajaan serta swasta dalam perancangan pembangunan negara dan pengurusan bencana.

    Hadir untuk menyaksikan penandatangan kontrak berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pemba-ngunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Se-tiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir Haji Mohd Salleh bin Haji Abdul Karim, pegawai-pegawai kanan serta pegawai di bawah Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, pihak konsultan bagi projek berkenaan, KT Ryan Communications & Services dan pihak kontraktor, Syarikat Juruukur Fadly.

    Pada majlis itu, menandatangani kontak bagi pihak kerajaan Baginda Sultan ialah Juruukur Agung, Haji Arefin bin Haji Jaya dan Syarikat Juruukur Fadly diwakili oleh Pengarah Urusan, Haji Mahadi bin Haji Mohd Tahir.

    Projek penggambaran udara itu merupakan salah satu projek yang telah dibenarkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11 (RKN-11) di mana kontraktor terpilih ialah Syarikat Juruukur Fadly dan projek itu dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan.

    Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke menyaksikan penandatanganan kontrak bagi Projek Aerial Photohgraphy, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam. – Gambar serahan Kementerian Pembangunan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda