Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Projek pembinaan kuarters kesihatan di Labuan tergendala

    LABUAN, 22 JAN – Projek pembinaan kuarters petugas penjagaan kesihatan Labuan bernilai RM24 juta, tergendala berikutan kontraktor gagal mematuhi jadual kerja yang ditetapkan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

    Beliau berkata projek yang bermula pada awal 2022 itu hanya 23 peratus siap dengan kelewatan 31 peratus, justeru terdapat ke-perluan untuk menamatkan perjanjian dengan kontraktor terlibat kerana projek itu penting untuk keperluan petugas kesihatan di pulau ini.

    “Kontrak diberikan pada 1 Disember 2022, (namun) kini akan menjalani proses tender semula dengan jangkaan peningkatan kos bagi projek yang diselia oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

    “Projek itu pada mulanya dianugerahkan sebanyak RM24 juta, jadi selepas proses tender semula, kos pastinya akan bertambah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek naik taraf di Hospital Labuan hari ini.

    Ahmad berkata projek yang merangkumi empat unit rumah berkembar, dua blok apartmen lima tingkat masing-masing dengan 18 dan 16 unit itu, pada mulanya dijangka siap pada 29 Jun 2023, namun berdepan kelewatan dan pembinaannya dihentikan pada bulan ini.

    Projek pembinaan kuarters petugas penjagaan kesihatan Labuan itu terletak di kawasan tiga hektar di Membedai Jalan Tanjung Teras, bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Membedai dan ibu pejabat Jabatan Kesihatan Labuan, bertujuan menyediakan persekitaran kediaman yang kondusif untuk petugas kesihatan.

    Sementara itu, Ahmad memuji Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan dan kontraktor yang menyiapkan projek naik taraf ruang sedia ada kepada farmasi steril di Hospital Labuan bernilai RM6.6 juta, tepat pada masanya. – Bernama

    Datuk Seri Ahmad Maslan menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan sempena lawatan kerja beliau di JKR Wilayah Persekutuan Labuan pada 22 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...