Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PSG rehatkan Mbappe menjelang UCL

    PARIS, 9 FEB – Kylian Mbappe dijangka akan direhatkan dalam pertemuan Ligue 1 Paris Saint-Germain (PSG) menentang Lille Sabtu ini kerana kelab itu tidak mahu mengambil risiko mengenai kecederaan pergelangan kakinya menjelang perlawanan Liga Juara-Juara pusingan 16 terakhir.

    Bintang PSG itu mengalami kecederaan semasa kemenangan pusingan 16 terakhir Piala Perancis ke atas Brest pada Khamis di mana Mbappe menjaringkan gol pembukaan.

    Ujian perubatan awal dilaporkan ‘meyakinkan’ tetapi jurulatih PSG, Luis Enrique tidak mahu mengambil risiko aset berharganya menjelang lawatan ke Real Sociedad di Liga Juara-Juara lima hari kemudian.

    Ujian lanjut mengenai pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid apabila kontraknya tamat pada akhir musim dijadualkan hari ini.

    Walaupun masa depan Mbappe tidak pasti, begitu juga keberadaan PSG di stadium Parc des Princes mereka.

    Tawaran kelab untuk membeli stadium dari pemilik Majlis Bandaraya Paris nampaknya telah dibatalkan selepas mesyuarat kelmarin.

    “Sudah selesai, kami mahu meninggalkan Parc des Princes,” kata Presiden Qatar, Nasser Al-Khelaifi.- AFP

    Aksi penyerang PSG, Kylian Mbappe membawa bola semasa perlawanan menentang Brest di Piala Perancis, 7 Februari lalu.- AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...