Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pulau Evia dilanda gempa luar biasa

    ATHENS, 29 NOV – Pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan sekolah selepas gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda sebuah kawasan di selatan Greece di mana aktiviti seismik jarang berlaku.

    Gempa bumi itu, melanda timur pulau Evia, berlaku pada pukul 6:32 pagi hari ini, 58 kilometer dari timur laut Athens dan terasa di ibu negara Greece, namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, hanya kerosakan kecil pada rumah berdekatan pusat gempa di luar pesisir, kata pihak berkuasa perlindungan awam.

    Penutupan sekolah selama sehari itu berkuat kuasa di selatan pulau.

    Gempa bumi biasa berlaku di Greece dan negara jiran Turkiye tetapi bukan di pantai timur Evia.

    ”Kami tidak mempunyai data mengenai garis sesar di kawasan itu,” beritahu Efthymios Lekkas, profesor geologi dan pengurusan bencana di Universiti Athens, kepada televisyen negeri. ”Kami telah mengikuti perkembangan aktiviti seismik yang berlaku sebelum dan selepas kejadian, dengan gegaran kedua paling kuat dicatat pada magnitud 4.4.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...