Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Puluhan badak sumbu terancam dilepaskan di Afrika Selatan

    JOHANNESBURG, 17 MEI – Puluhan ekor badak sumbu telah dilepaskan ke alam liar di Afrika Selatan sebagai langkah pertama inisiatif untuk membebaskan 2,000 ekor haiwan itu ke dalam tanam pemuliharaan di seluruh benua, kata sebuah organisasi bukan untung, African Parks.

    Badak sumbu putih selatan hampir pupus akibat pemburuaan pada penghujung abad ke-19 tetapi semakin pulih selepas beberapa dekad usaha perlindungan dan pembiakan.

    ‘Rancangan yang berani untuk melepaskan semula 2,000 ekor badak sumbu putih selatan ke kawasan terlindung yang selamat’ akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang, kata NGO yang berpangkalan di Johannesburg kelmarin.

    Kira-kira 40 ekor badak yang tanduknya telah dipotong telah disumbangkan kepada Taman Pemuliharaan Munywana di wilayah KwaZulu-Natal untuk meningkatkan populasi badak sumbunya dalam projek yang dinamakan Rhino Rewild.

    Pada bulan September, African Parks, yang dibiayai oleh penderma termasuk Kesatuan Eropah (EU), USAID dan yayasan antarabangsa bebas membeli taman badak Afrika Selatan seluas 7,800 hektar yang terbesar di dunia, yang menjadi rumah kepada 2,000 haiwan.

    Afrika Selatan, yang mempunyai hampir 80 peratus badak sumbu dunia adalah kawasan pemburuan haram yang didorong oleh permintaan dari Asia, di mana tanduknya digunakan dalam perubatan tradisional untuk kesan terapeutik. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...