Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Atlet sepak takraw Brunei sertai Piala Dunia ISTAF Kuala Lumpur 2024

    Pasukan Sepak Takraw Brunei akan menyertai kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) Kuala Lumpur 2024 di Kuala Lumpur pada 18 Mei.

    Sehubungan itu, majlis penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada ketua pasukan, Humaidi bin Brahim, telah disempurnakan hari ini oleh Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU), Haji Mohd Noor bin Haji Hamid yang berlangsung di letak kereta Perpindahan Burong Pinggai.

    Turut hadir ialah ahli jawatankuasa PESTABARU, Roslin bin Haji Tarak.

    Pasukan negara dijadualkan bertolak hari ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miri, Sarawak sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia. 

    GAMBAR SERAHAN ROSLIN BIN HJ TARAK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...