Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan ribu sertai demonstrasi

    BAITULMAQDIS, 23 JULAI – Puluhan ribu rakyat Israel melakukan demonstrasi di seluruh negara pada petang kelmarin menentang rancangan kerajaan untuk merombak sistem kehakiman, lapor Xinhua.

    Penunjuk perasaan memperhebat tindakan, yang kini memasuki minggu ke-29, menjelang sesi undian terakhir mengenai rang undang-undang mengehadkan kuasa mahkamah dalam menyemak keputusan dan pelantikan kerajaan.

    Undian itu dijangka dibentangkan esok. Di Baitulmaqdis, kira-kira 35,000 penunjuk perasaan berarak sejauh 70km dari Tel Aviv dan berkumpul di sekitar parlimen dan bangunan kementerian lain.

    Pada petang Sabtu, pasukan simpanan tentera Israel mengumumkan pada sidang media bahawa mereka mempunyai lebih 10,000 tandatangan yang enggan hadir bertugas.

    Selama berbulan-bulan sejak kerajaan mengumumkan rancangan merombak sistem kehakiman, media Israel telah melaporkan peningkatan pembelotan tentera simpanan, menimbulkan kebimbangan bahawa keadaan ini boleh menjejaskan kesediaan tentera. – Bernama

    Beribu-ribu rakyat Israel berarak di sepanjang lebuh raya menuju ke Baitulmaqdis sebagai protes terhadap rancangan kerajaan Netanyahu untuk merombak sistem kehakiman, berhampiran Abu Gosh, Israel, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda