Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Pupuk amalan menabung anak-anak semasa Aidilfitri

    Oleh Adib Noor – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Dalam meraikan hari raya yang penuh meriah, memang sudah menjadi kebiasaan di negara ini bagi kanak-kanak untuk menerima sampul hijau yang berisi wang, di mana pada biasanya, wang yang dikumpulkan oleh kanak-kanak itu sering digunakan untuk membeli gula-gula dan mainan.

    Namun, pakar kewangan menyatakan bahawa itu adalah peluang untuk mengajar kanak-kanak tentang nilai wang, kepentingan simpanan, dan pengetahuan kewangan dari usia muda.

    Salah satu cara yang jelas adalah menggunakan wang yang dikumpul untuk memulakan akaun simpanan yang mudah didapati di banyak institusi kewangan tempatan.

    “Memiliki wang tunai juga merupakan kelebihan kerana kanak-kanak dapat menyentuh dan merasai wang tersebut. Ibu bapa boleh memperkenalkan pelbagai jumlah dan nilainya dengan mudah kepada anak mereka,” kongsi seorang pakar kewangan tempatan.

    Pada musim perayaan ini ibu bapa bolehlah cuba mengajar anak-anak mereka untuk menabung dengan setiap $10 yang diterima oleh anak-anak, $8 hendaklah disimpan dalam tabung syiling.

    Lazimnya, wang yang dikumpulkan oleh kanak-kanak itu sering digunakan untuk membeli gula-gula dan mainan. – Bernama

    “Saya cuba mengajar anak-anak saya asas belanjawan, selalunya membiarkan mereka berbelanja untuk apa yang mereka mahukan tetapi memberitahu mereka bahawa kebanyakan wang harus diperuntukkan bagi simpanan,” kata Awang Ahmad, bapa kepada empat anak.

    Ibu bapa juga percaya masa adalah faktor utama.

    “Biarkan anak-anak awda mempunyai sedikit masa untuk berfikir supaya mereka tidak terpengaruh dengan pembelian barangan yang sia-sia,” kata Dayang Sarah, ibu kepada dua orang anak.

    Memang difahami bahawa apabila menerima sampul hijau ia sangat mengujakan dan tindakan merancang tentang apa yang perlu dibelanjakan serta-merta memenuhi keinginan untuk membeli permainan baharu, dan bagi mereka yang lebih tua adalah untuk menaik taraf telefon bimbit mereka.

    Tip terbaik yang boleh diberikan adalah untuk menahan keinginan selama beberapa minggu dan menilai sama ada barang tersebut penting? Adakah awda benar-benar memerlukannya sekarang? Dan kemudian pertimbangkan barang penting lain yang boleh awda beli beli sebelum berbelanja.

    Selain daripada musim perayaan, musim raya adalah peluang terbaik untuk Ibu bapa memupuk tabiat menabung yang baik dalam diri anak-anak mereka melalui dorongan dan nasihat yang baik. Adalah penting bagi kita semua untuk membina tabiat bagi tidak membelanjakan keseluruhan wang simpanan kita.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...