Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pupuk kecemerlangan dalam diri

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 31 JAN – Bukan sesuatu hal yang mudah untuk menjadi insan cemerlang dan sebagai hamba Allah, tidak terlepas daripada memiliki kekurangan dan kelebihan masing-masing.

    “Sebab itu, kita mesti menjalani kehidupan tanpa berputus asa. Sebagai contoh dari segi pelajaran, teruslah belajar, jangan sesekali mudah berputus asa, jika kitani kecundang bukan bermakna selama-lamanya kita akan kecundang.

    “Maka jangan simpan dalam diri, kita gagal selamanya. Kita perlu melawan rasa kegagalan itu dengan berusaha bersungguh-sungguh dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.”

    Perkara itu ditekankan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan ketika menyampaikan motivasi semasa Ceramah Motivasi Insan Cemerlang bagi pelajar dan belia yang diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, baru-baru ini.

    Beliau turut mengingatkan agar teruslah memohon keberkatan kepada kedua-dua ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa merupakan insan-insan yang banyak menabur segala pengorbanan dan bakti yang tidak terhitung banyaknya kepada anak-anak sejak kita dilahirkan lagi.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz ketika menyampaikan motivasi kepada para pelajar dan belia pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AJEES HAMDAN
    Gambar ramai pelajar dan belia yang menyertai ceramah bersama tetamu kehormat. – GAMBAR SERAHAN AJEES HAMDAN

    “Oleh itu, restu dan reda ibu bapa dalam kehidupan seseorang itu sangat penting kerana ia sebagai punca bagi mendapatkan reda Allah SWT termasuklah menghormati guru-guru kita,” tekan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz.

    Menyentuh mengenai ciri insan cemerlang, beliau menyimpulkan bahawa untuk menjadi insan cemerlang itu perlulah sentiasa memperbetulkan niat, berwawasan dan bermatlamat, berani dan sanggup berkorban, serta memberikan tumpuan sepenuhnya dalam apa sahaja yang dilakukan demi meraih hasil kejayaan yang cemerlang dan sentiasa mencari ilmu mengikut keperluan semasa agar mampu bergerak secara efektif dan efisien.

    Ceramah motivasi berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid RPN Bukit Beruang dengan hasrat bagi menyemai semangat dan motivasi golongan pelajar dan belia khususnya di kawasan Daerah Tutong.

    Lebih 80 orang yang terdiri daripada pelajar, belia serta Muslimah dan AJKT masjid telah menghadiri majlis berkenaan.

    Turut hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Mohd Aidil Sufian bin Mohd
    Yassin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...