Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pupuk kefahaman mengenai autisme

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Bagi memupuk pemahaman, penerimaan dan kesedaran tentang autisme, Fakulti Teknologi Bersepadu (FIT), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Kumpulan Colourful Minds terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi FIT dan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Brunei Darussalam (UBD SBE), telah menganjurkan acara inklusif berjudul Connecting Colorful Minds, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara yang berlangsung selama tiga hari berkenaan ialah Pemangku Dekan FIT, Profesor Dr Liyanage Chandratilak De Silva.

    Acara yang membawa tema Painting Minds with Awareness itu turut dibukakan untuk kunjungan orang ramai di mana ia telah memuatkan pengisian sesi pembentangan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dan Naib Presiden SMARTER Brunei, Malai Didi; Pengasas Our Pathways, Dayang Norhaslinda Ibrahim; dan Pengurus Besar An-Nur Harapan, Dayang Melline binti Haji Jaini,.Mereka antaranya menekankan kepentingan merangkumi kepelbagaian dan mewujudkan persekitaran yang menyokong untuk golongan autisme.

    Menariknya, acara berkenaan telah dimeriahkan dengan penyertaan golongan perintis kafe autisme Brunei iaitu BJAK Cafe. Sesi dan ceramah interaktif memudahkan perbualan yang bermakna, memupuk perbualan yang lebih mendalam mengenai pemahaman tentang gangguan spektrum autisme sehingga menyatupadukan lagi semua pihak meliputi individu autisme, ahli keluarga, golongan pendidik, peguam bela dan orang ramai.

    Adapun acara berkenaan turut menerima sokongan dan tajaan daripada Wawa Shopping, Project Printhub, Books Archive, Rahayu Catering, The Impian Project dan Infinity and Beyond selaku sekumpulan pelajar Tahun 3, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (IHS PAPRSB), UBD. Sumbangan kewangan dan tenaga begitu bernilai itu sememangnya telah memperkasakan lagi perubahan FIT menjadi hab compassion dan menyatukan masyarakat.

    Dengan adanya acara sedemikian, ia sememangnya diharap mampu menyemai perpaduan, belas kasihan dan kerjasama ke arah perubahan yang lebih positif. Sejajar dengan judulnya, Connecting Colorful Minds, ia bukan sahaja untuk mewarnakan minda orang ramai dengan nilai-nilai kesedaran tetapi juga ia diharap dapat meninggalkan tanda yang tidak dapat dilupakan di hati semua. Hal ini sekali gus demi menggalakkan lagi usaha berterusan ke arah mewujudkan penerimaan dunia yang lebih inklusif.

    Profesor Dr Liyanage dan para peserta bergambar ramai semasa majlis berkenan. – GAMBAR SERAHAN UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...