Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pupuk kesedaran alam sekitar

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dalam usaha untuk memupuk kesedaran dan pendidikan alam sekitar, Institut bagi Biodiversiti dan Penyelidikan Alam Sekitar (IBER), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah melancarkan program, Nature Classroom, hari ini.

    Menurut kenyataan UBD, acara itu mengembangkan lagi program rintis yang dikendalikan awal tahun ini.

    Acara yang melibatkan seramai 20 pelajar dari Sekolah Rendah Lambak Kanan itu telah dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Botani UBD (UBD BRC) dan Makmal IBER.

    Program selama tiga jam itu menandakan langkah yang signifikan membawa biodiversiti Brunei yang kaya ke barisan pendidikan sekolah rendah. Para pelajar berpeluang menyelami pengalaman pembelajaran dinamik, meneroka kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan invertebrat menerusi aktiviti-aktiviti amali.

    Program itu juga menggabungkan pengetahuan teori dengan aplikasi praktikal dengan memberikan pemahaman holistik kepada biodiversiti tempatan.

    Program Nature Classroom membuktikan komitmen IBER kepada pendidikan alam sekitar di mana program itu bermatlamat untuk menanamkan rasa tanggungjawab dan penghargaan kepada alam sekitar dalam generasi muda serta juga pembelajaran dengan harapan untuk memupuk warga generasi yang peka alam sekitar.

    Program itu juga mengetengahkan potensi Nature Classroom dalam menghubungkan jurang antara pembelajaran bilik darjah tradi-sional dan penerokaan persekitaran dunia sebenar.

    GAMBAR SERAHAN UBD
    Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti amali yang dilaksanakan. – GAMBAR SERAHAN UBD
    Para pelajar dari Sekolah Rendah Lambak Kanan yang menyertai program Nature Classroom yang diadakan di UBD BRC dan Makmal IBER, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN UBD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...