Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan hormat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr Haji Asmadi bin Abdul Rahman.

    Rombongan berada di Negara Brunei Darussalam sebagai fasilitator bagi Kursus Pemantapan Urus Tadbir dan Pengurusan Zakat di Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB) yang berlangsung pada 25 hingga 30 November.

    Turut serta dalam kunjungan hormat di Ruang Tetamu, Tingkat 4, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Strategik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Korporat MUIP, Mohd Rozaini Jumali dan wakil Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Haji Mohd Azmi bin Haji Othman (Pengurus Zon Timur).

    Turut hadir ialah Pengarah Unit Perundangan Islam dan Pemangku Pengarah JUZWAB, Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh; Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim dan Pemangku Pegawai Ugama Kanan selaku Penolong Pengarah JUZWAB, Awang Ariffin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar.

    Gambar ramai semasa kunjungan hormat di Ruang Tetamu, Tingkat 4, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...