Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pusat derma darah terus terima sokongan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal hari ini terus menerima sokongan kempen derma darah daripada AIA Brunei.

    Pada kempen derma darah tersebut, sebanyak 37 pain darah berjaya dikumpulkan pada acara yang berlangsung di Ibu Pejabat AIA, Pavo Point di ibu negara, bertujuan menambah stok bekalan darah untuk membantu di saat kecemasan dan mereka yang memerlukan.

    Penolong Eksekutif AIA Brunei, Angela Chong semasa ditemui berkata, AIA telah melaksanakan kempen derma darah secara tahunan dan tahun ini telah melaksanakannya dua kali.

    Menurutnya, selain membantu pusat pendermaan darah dan orang yang memerlukan transfusi darah, AIA Brunei akan terus memberikan sokongan terhadap kempen seumpamanya.

    Kempen bukan sahaja disertai oleh warga AIA, malahan pelanggan dan orang ramai turut tidak melepaskan peluang menyumbang dalam aktiviti berkebajikan berkenaan.

    Warga AIA Brunei, pelanggan dan orang ramai yang tidak melepaskan peluang dalam memberikan sokongan terhadap kempen berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...