Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Mahkamah putuskan SRK tidak bersalah

    Pelakon Shah Rukh Khan (SRK) (gambar) kini menarik nafas lega apabila mahkamah di India menolak permohonan semakan semula kes rempuhan orang awam pada tahun 2017 yang dikatakan berpunca daripada aktor tersebut sehingga menyebabkan kematian.

    Mahkamah memutuskan bahawa SRK juga adalah manusia biasa yang tidak boleh mengawal situasi ketika kejadian walaupun statusnya sebagai seorang selebriti popular.

    “Apakah kesalahan Khan? Hanya kerana dia seorang selebriti tidak bermakna dia tiada hak sendiri. Dia juga ada hak sama seperti orang lain.

    “Dia tidak boleh mengawal orang lain. Lebih baik fokus kepada perkara yang lebih penting,” jelas kenyataan mahkamah seperti yang dipetik dari Hindustan Times.

    Dalam kejadian yang berlaku itu, orang ramai dikatakan berebut-rebut untuk melihat pelakon tersebut secara dekat apabila dia tiba di stesen keretapi daerah Vadodara bagi mempromosikan filemnya berjudul Raees.

    Rempuhan orang ramai ketika itu menyebabkan kematian seorang ahli politik bernama Farheed Khan Pathan yang juga merupakan penghidap sakit jantung.

    Beberapa orang lain juga tercedera semasa SRK membaling cenderahati berupa sepasang t-shirt untuk peminat di sana. Susulan kejadian itu seorang ahli kongres bernama Jitendra Solanki telah membuat laporan terhadap SRK namun kes tersebut telah ditolak oleh mahkamah pada April lalu. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...