Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat penjagaan kanak-kanak mula sibuk

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Kesibukan pada hari pertama penggal persekolahan 2023 hari ini, dapat dirasakan di sekolah-sekolah di seluruh negara dan tidak terkecuali pusat-pusat penjagaan kanak-kanak.

    Tinjauan media ke beberapa buah pusat penjagaan di Daerah Brunei dan Muara, menyaksikan kanak-kanak mula dihantar oleh ibu bapa dan penjaga seawal pukul 6:45 pagi.

    Penyelia Pusat Penjagaan Kanak-Kanak PGGMB, Dayang Siti Rabeah binti Haji Mantin semasa ditemui berkata, dengan wabak COVID masih menular, pusat penjagaan kanak-kanak berkenaan masih mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

    “Melangkah ke tahun baharu ini, pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum mengalu-alukan kedatangan kanak-kanak ke pusat ini, antaranya dengan memastikan ruangan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, melakukan pemeriksaan suhu
    badan dan menyediakan pensanitasi tangan.”

    Di samping itu, ibu bapa dan penjaga turut dimaklumkan agar tidak menghantar anak-anak mereka yang kurang sihat seperti mengalami batuk dan selesema.

    “Pusat ini turut menyediakan bilik pengasingan bagi kanak-kanak yang didapati kurang sihat semasa dalam penjagaan sebelum ibu bapa atau penjaga dihubungi untuk membawa anak-anak mereka pulang,” jelasnya.

    Untuk sentiasa memastikan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik dan mengelak penularan penyakit, pusat penjagaan tersebut masih mengekalkan jumlah kehadiran kanak-kanak yang terhad.

    Beliau seterusnya berharap dengan bermulanya operasi pusat penjagaan kanak-kanak seperti biasa, mereka akan berusaha memberikan dan meningkatkan kualiti penjagaan yang terbaik.

    Dayang Siti Rabeah ditemu bual semasa tinjauan ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak PGGMB.
    Sebahagian kanak-kanak yang dihantar ke salah sebuah pusat penjagaan kanak-kanak seawal jam 6:45 pagi oleh ibu bapa dan penjaga mereka semasa hari pertama penggal persekolahan 2023 bermula pada 3 Januari. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Suasana hari pertama di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak PGGMB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda