Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Beberapa pusat swab akan dibuka semasa hari kelepasan awam iaitu sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari dan Sambutan Israk Mikraj pada 28 Februari depan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Pusat-pusat swab yang terlibat adalah Pusat Swab Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SPOC), dari pukul 8 pagi hingga 8 malam; Pusat Swab Pandu Lalu BRIDEX, Jerudong dan Pusat Swab Pandu Lalu Pusat Insani, Seria, kedua-duanya beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 4:30 petang.
Selain itu, juga dibuka ialah Pusat Kesihatan Berakas, dari 2 petang sehingga 8:45 malam; dan Pusat SARI 2, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dari 7:30 pagi hingga 6 petang.