Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat vaksinasi Temburong ditutup Februari ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Pusat Vaksinasi Temburong di Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam akan ditutup bermula 1 Februari ini.

    Sehubungan itu, perkhidmatan program vaksinasi COVID bagi penduduk di Daerah Temburong akan diteruskan di Pejabat Kesihatan Temburong bermula pada tarikh yang sama, menurut Kementerian Kesihatan dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

    Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi suntikan vaksinasi COVID di fasiliti kesihatan terbabit pada waktu operasi iaitu pada setiap Khamis dan Sabtu kecuali hari-hari kelepasan awam bermula jam 8:15 sehingga 12 tengah hari dan jam 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Bagi perkhidmatan suntikan kanak-kanak pula hanya akan diadakan sekali dalam dua minggu melalui tempahan sahaja.

    Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi BruHealth atau hubungi talian 5221280 atau Talian Nasihat Kesihatan 148.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda