Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PW akan kendali fasa kedua PASP

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, Pertubuhan Wargamas (PW) buat julung kalinya mengadakan Projek Amal Sedekah Pakaian (PASP) yang mana fasa pertama telah bermula pada Julai lalu.

    Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada ahli PW dan orang ramai, projek untuk fasa kedua akan bermula pada 15 hingga 31 Ogos ini yang dibukakan untuk ahli PW manakala pada 24 hingga 31 Ogos, sumbangan dibukakan kepada orang ramai.

    Yang Di-Pertua PW, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don menjelaskan bahawa projek itu antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PW dalam sama-sama menyumbangkan sedekah dan beramal jariah berupa sedekah pakaian untuk membantu mereka yang memerlukan dan mereka yang kurang berkemampuan membeli pakaian baharu.

    Projek yang dianjurkan oleh PW dengan kelolaan oleh setiausaha agung, bendahari dan warganita PW itu akan menyerahkan sumbangan berkenaan secara berfasa kepada ahli PW dan juga orang awam.

    Dengan adanya projek seumpamanya, ujar beliau, ia jelas menunjukkan keprihatinan PW terhadap hal ehwal kebajikan, kemaslahatan, kesejahteraan dan keselamatan ahli PW dan juga orang ramai.

    Beliau juga berharap, PASP akan dapat diteruskan dengan keikhlasan serta ketulusan pengurusan perlu terus berjiwa besar bagi menolong mereka yang memerlukan khususnya ahli PW, amnya warga emas dan orang ramai.

    “Melalui PASP ini juga akan dapat membersihkan diri melalui sedekah dalam bentuk pakaian yang juga secara tidak langsung dapat membantu rancangan pihak kerajaan bagi membantu golongan yang kurang mampu dan memerlukan,” tambahnya.

    PASP berkenaan dikhususkan untuk pakaian lelaki, perempuan dewasa dan kanak-kanak, orang ramai yang berhasrat untuk menyerahkan sumbangan bolehlah menghantar pada tarikh yang disediakan di Ibu Pejabat PW di Berakas bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Haji Abu Bakar bersama ahli PW menyampaikan sumbangan kepada penerima. – Gambar serahan Pertubuhan Wargamas
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...