Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PWEDB sumbang kerusi roda

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 7 FEB – Sebagai sebahagian daripada inisiatifnya membantu warga emas di daerah ini, Persatuan Warga Emas Daerah Belait (PWEDB) telah menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda kepada salah seorang warga emas, hari ini.

    Hadir menyampaikan kerusi roda kepada penerimanya, Haji David bin Haji Kassim di kediamannya di Kampung Pandan ialah ahli PWEDB, Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin sebagai wakil persatuan.

    Turut hadir Setiausaha Agung, Awang Mohd Yunos bin Haji Pungut dan ahli-ahli persatuan.

    Awang Mohd Yunos semasa ditemui menjelaskan sumbangan itu diserahkan kepada Haji David berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot. “Dengan sumbangan kerusi roda itu, kami ingin membantu menyokong warga emas di daerah ini dan di tempat lain.”

    Bagi mencapai matlamat ini, Awang Mohd Yunos turut menambah persatuan itu juga aktif dalam menyampaikan bantuan yang amat diperlukan bukan sahaja kepada warga emas tetapi juga mereka yang memerlukan di seluruh negara serta di negara jiran.

    “Dalam beberapa minggu kebelakangan ini serta yang akan datang, kami bercadang untuk menyerahkan pelbagai keperluan asas seperti pakaian terpakai, yang kesemuanya dikumpulkan daripada ahli kami dan orang ramai kepada keluarga dan individu yang memerlukan. Kami berharap ia akan menggalakkan lebih banyak tindakan diambil untuk membantu mereka yang memerlukan.”

    Ahli PWEDB menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Haji David.
    Gambar ramai ahli PWEDB bersama penerima.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda