Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    QAF Auto lancar stesen pengecas EV BMW ketiga

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – QAF Auto Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa Service Master Enterprise selaku pengedar rasmi produk Feynlab di Kompleks Eng Ho di Jalan Tungku Link sebagai Rakan Destinasi Pengecas kenderaan elektrik (EV) BMW ketiga dengan majlis pelancarannya diadakan kelmarin.

    Pelancaran stesen pengecas ketiga itu menjadikan syarikat yang dilantik menjadi kedai perkhidmatan automotif pertama di Brunei yang menawarkan stesen pengecas EV.

    Majlis pelancaran disempurnakan dengan upacara memotong reben oleh Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo dan Pengarah Service Master Enterprise, Tong Kang.

    Menurut Alisa Khoo, beliau sangat teruja dengan adanya kerjasama antara Service Master Enterprise bagi membangunkan lagi infrastruktur pengecasan pemilik EV BMW di seluruh negara.

    “Memandangkan permintaan EV terus meningkat, kami yakin pengecas yang diletakkan secara strategik akan menggalakkan lebih ramai pemandu bagi membuat peralihan itu ke arah mobiliti hijau.”

    Pengurus Besar Services Master Enterprise, Lyna Tan pula berkata, “Kami menyedari bahawa terdapat peralihan yang semakin pantas ke arah EV dan pelanggan kami mahukan akses yang mudah kepada pengecas. Selain perkhidmatan detailing yang kami tawarkan, pelanggan juga boleh mendapatkan pengalaman spa kereta sementara kenderaan mereka dicas di premis kami.”

    Pelanggan yang mendapatkan pakej tertentu di Service Master Enterprise akan berpeluang mendapatkan tiga jam pengecasan percuma.

    Alisa Khoo dan Tong Kang merasmikan pengecasan EV BMW di Kompleks Eng Ho. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Gambar ramai semasa pelancaran Rakan Destinasi Pengecas EV BMW ketiga. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...