Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar bakal guna polis asing

    DOHA, 6 Nov – Anggota polis dari pelbagai negara akan berada di jalan-jalan raya Qatar semasa Piala Dunia 2022, dalam usaha mencegah samseng, menurut pegawai kanan keselamatan kejohanan.

    Timbalan Pengarah Eksekutif bagi keselamatan, Mejar Ali Mohammed Al-Ali, bersama dengan Jawatankuasa Tertinggi bagi Delivery & Legacy, badan yang bertanggungjawab mengawasi kejohanan, juga meramalkan Qatar akan menjadikan ‘Piala Dunia itu paling selamat di dunia’.

    Kebimbangan mengenai samseng di kejohanan-kejohanan besar telah meningkat susulan masalah yang dicetuskan antara penyokong England dan Rusia di Euro 2016 Perancis.

    Ini membawa kepada kebimbangan bahawa insiden seperti itu akan berulang di kejohanan akan datang.

    Tetapi Ali berkata dia berharap insiden seperti itu tidak terjadi pada tahun 2022.

    “Kami bekerjasama dengan banyak negara, rantau dan pertubuhan antarabangsa, negara-negara dan agensi-agensi,” katanya.

    Ditanya jika anggota polis antarabangsa yang mempunyai pengalaman menangani masalah orang ramai akan berada di Qatar untuk membantu mana-mana potensi masalah, dia menjawab: “Ya pastinya.”

    Anggota-anggota akan diambil dari negara-negara yang ‘layak’ bagi kejohanan 2022 itu, tambah Ali.

    Sekitar 1.3 juta penyokong dijangka melawat Qatar, Piala Dunia pertama yang diadakan di Timur Tengah, hampir sama dengan separuh penduduk negara itu.

    Qatar juga sebelum ini berkata ia akan mengehadkan penjualan alkohol semasa Piala Dunia dan menubuhkan satu mahkamat khas bagi penyokong yang ditahan ketika kejohanan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda