Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar kutuk serangan di Perancis, Kanada

    DOHA, 2 Okt – Qatar mengutuk dua serangan keganasan di bandar Marseille, selatan Perancis dan di bandar Edmonton, barat Kanada, lapor agensi berita Qatar (QNA).

    Menurut laporan, dua terbunuh dalam serangan di Marseille sementara di Kanada seorang anggota polis dan beberapa orang awam dilaporkan cedera.

    Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar pada Ahad, Qatar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan kedua-dua negara.

    Pada masa sama, Qatar mengulangi pendirian tegas negara itu menolak sebarang bentuk keganasan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda