Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Queensland umum skim hidro pam terbesar dunia

    SYDNEY, 28 SEPT – Negeri timur Australia, Queensland hari ini mengumumkan pelan untuk membina skim penyimpanan tenaga hidroelektrik pam dalam perubahan besar menuju tenaga yang boleh diperbaharui semula bagi wilayah yang kaya dengan minyak fosil.

    Projek itu, yang dijanjikan akan dilaksanakan menjelang 2025, akan mampu menyimpan lima gigawatt tenaga yang boleh diperbaharui semula – lebih dua kali ganda daripada skim hidro pam terbesar Australia iaitu Snowy 2.0.

    “Ini akan menjadi peneraju dunia,” kata Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszuczuk kepada pemberita hari ini.

    “Kita sedia maklum bahawa penduduk Queensland mengetahui mengenai perubahan iklim. Hari ini, kerajaan mengetahui bahawa kita perlu mengambil tindakan.”

    Queensland sudah lama menjadi salah sebuah pusat minyak fosil Australia, dengan perlombongan menjana hampir AS$26 bilion dalam ekonomi negeri itu pada 2019-2020 – penyumbang terbesar setakat ini.

    Skim hidro pam terletak di tengah-tengah ‘ pelan tenaga dan pekerjaan’ baharu bernilai Aus$62 bilion, yang juga akan menyaksikan Queensland menggubal undang-undang sasaran untuk menjana 80 peratus daripada tenaganya menjadi sumber yang boleh diperbaharui menjelang 2035.

    “Kami akan menggunakan tenaga elektrik solar yang murah pada waktu pagi untuk mengepam air dari kawasan pergunungan untuk menyimpan tenaga,” kata Timbalan Ketua Menteri Queensland, Steven Miles hari ini.

    “Kemudian pada waktu malam kami boleh melepaskan air untuk menjana elektrik. Ia seperti sebuah bateri gergasi.”

    Sementara perlombongan terus mendominasi ekonomi Queensland, pengundi di bandar terbesar negara itu semakin bimbang mengenai perubahan iklim – ramai yang menyokong Green dan calon yang peka akan perubahan iklim untuk bertanding dalam pilihan raya pada Mei 2022. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...